Sunday, November 2, 2008

PETUA

Petua Kecantikan Semula Jadi Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Panduan Hari Ini
Dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda : Tidak (sempurna) iman seorang kamu, sebelum dia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri

Penawar Resdung.
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan me ntimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah toma to dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut.
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit ai r. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan Kulit Cantik, Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .

Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid.

Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.Tapi kenalah cepat menelannyasebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia , tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting[/b]
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

[b]
Menghaluskan Kulit Muka

1. Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi[/b]
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

[b]Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin.[/b]
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

[b]Menghilangkan Bau Mulut[/b]
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

[b]Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

[b]Menghilangkan Sakit Kepala[/b]
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Saturday, November 1, 2008

DIALOG-DIALOG SEBELUM DAN SELEPAS KAHWIN

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: X balik makan hari ni..keje banyak kt opis!!

Ehsan dari, Tranung Kite Online

KATA HIKMAT

1. Jangan memanjat terlalu tinggi, makin tinggi memanjat, makin sakit bila jatuh..

Friday, September 19, 2008

KAUM HAWA

Wahai para gadis,cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.Jadi,apabila cinta hanya akan m`yebabkan kita membuang air mata,maka tinggalkanlah cinta itu sebab air mata yang tumpah pada detik ini logiknya akan berterusan kita berkahwin dgn insan tersebut.Jika benar dia m`yintai kita,mengapa dia harus menyebabkan kita menangis??Jika benar dia sygkan kita,mengapa dia harus mempermainkan perasaan kita???Dia hanya ingin bermain @ menguji kita.Cinta yg suci murni serta tulus mulus tidak memerlukan air mata tetapi tertawa riaPerhubungan yg harmoni penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yg tenang,lurus & menuju matlamat sebaliknya jika sengketa dan air mata mewarnai hari,ia ibarat perjalanan yg tersekat-sekat oleh landasan yg bengkang-bengkok,tidak rata & tidak menuju matlamat.Bergembiralah m`yambut kehadiran cinta tapi sebaik saja ia m`yebabkan hati kita gelisah serta tumpuan kita terhadap ALLAH dan pelajaran kian menghilang,tinggalkanlah cinta itu dan binalah cinta baru.Sebenarnya kita x perlu tergesa-gesa membina cinta.Tiba masanya ia akan datang sendiri.Sesuatu yg datang tanpa perlu ditagih biasanya lebih bertahan lama,ikhlas lagi jujur.Tidak ada sebab orang semcm kita hendak menghabiskan masa dengan masalah orang dewasa.Masa remaja kita harus cerah,secerah masa depan yang kita predict.Jika cinta sudah datang,sambutlah seadanya kerana fitrah manusia memang mahu dicintai,mencintai,disayangi dan menyayangi.Tidak salahnya,hanya x usah terlalu lentok hingga byk perkara menjadi sempit dan terabai.Cinta harus memotivasikan kita untuk mengejar kejayaan,bukan menjahanamkan kita dengan perlakuan2 sumbang.Cinta harus m`jadi booster kecemerlangan diri.Betul...ia tiket utk disayangi tetapi...pd masa yg sama jangan diheret perasaan untuk membenci diri sendiri......Cintailah seadanya....

Wednesday, September 17, 2008

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang
panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir.... .
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah..
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. ....

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret....( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga...
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. .
yang menonton pun tak sembahyang juga ......
Kalau menonton dirumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL....
Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan
..sembahyang boleh tangguh...Mashaalla h,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ..
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... .... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

Monday, August 4, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 7

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL MINGGU KEEMPAT

Sudah empat minggu saya menjalani praktikal di SKBB. Minggu ini tidak banyak perkara yang berlaku. Keadaan di sekolah juga hanya seperti biasa dengan rutin-rutin hariannya. Minggu ini ialah minggu ujian pelarasan 3 bagi SKBB bermula pada hari Selasa, 29 Julai sehingga Khamis, 30 Julai iaitu selama 3 hari. Oleh itu, pada minggu ini saya hanya dapat mengajar kelas 5 Cekal untuk subjek Kajian Tempatan. Untuk hari-hari yang lain, saya hanya bertugas sebagai pengawas peperiksaan. Cuma yang berbeza sedikit minggu ini berbanding minggu-minggu sebelumnya ialah di mana saya diminta menggantikan guru-guru yang tidak hadir. Sebelum ini saya langsung tidak diberi kelas ganti. Ini mungkin kerana ramai guru-guru yang tiada di sekolah sama ada menghadiri kursus dan sebagainya pada minggu ini.

Sepanjang mengawasi peperiksaan minggu ini, saya dapati semangat murid-murid untuk menjawab soalan peperiksaan agak kurang terutama bagi murid-murid kelas ‘hujung’. Mereka seolah-olah tidak kisah dengan peperiksaan. Pada mereka, peperiksaan atau tidak adalah sama. Saya seringkali menegur sikap mereka itu.

Pada hari Rabu, pensyarah pembimbing menelefon saya menyatakan bahawa belia akan datang untuk menjalankan pemantaun pada hari Jumaat nanti. Saya dan kawan diminta menyusun jadual pengajaran pada hari Jumaat nanti supaya ketiga-tiga orang kami ada sesi pengajaran pada hari itu. Saya dan kawan-kawan terus bertindak mengikut arahan beliau. Penyusunan jadual pada awalnya tiada masalah tetapi pada tengah hari Khamis kami dimaklumkan bahawa pada pagi Jumaat nanti akan diadakah satu perhimpunan khas bagi majlis penyampaian hadiah. Saya terus menefon Ecik Sazali untuk memaklumkan perkara tersebut. Encik Sazali tetap akan datang untuk mematau Salleh sahaja. Saya dan Ifzad diminta menyusun semula jadual pemantauan pada hari Isnin depan. Saya akur dengan permintaan beliau. Selesai empat minggu saya menjalani praktikal di SKBB.

Monday, July 28, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 6

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL MINGGU KETIGA
Minggu lepas sudah masuk minggu ketiga saya menjalani praktikal di SKBB. Begitu cepat sekali masa berlalu. Pada minggu ini, tidak banyak cerita-cerita menarik untuk dikongsi bersama. Mungkin saya sudah mula boleh adaptasi dengan persekitaran baru ini. Begitulah senario sekolah dengan rutin-rutin biasanya. Pengalaman di sekolah lama menjadi salah satu sebab saya mudah mengadaptasi persekitaran baru ini.

Isnin, seperti biasa diadakan perhimpunan mingguan. Pada minggu ini diadakan pula majlis pelancaran Bulan Bahasa Inggeris oleh Guru Kanan 1. Majlis kemudian diserikan dengan persembahan daripada murid-murid pra sekolah, tahun satu, tahun dua dan juga murid-murid tahun 3. Dukacitanya, majlis ini tidak berjalan lancar seperti yang dirancangkan kerana hujan. Memandangkan majlis itu pula mengambil masa yang agak lama, jadi saya hanya dapat masuk ke kelas 5 Cekap lebih kurang 10 minit untuk mengajar pada minggu ini. Oleh kerana masa begitu singkat untuk mengajar, saya cuba menjalankan aktiviti kuiz untuk kelas ini. Aktiviti ini nampaknya dapat menarik minat mereka. Suasana kelas agak riuh dengan suara murid-murid untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Selesai waktu kelas saya seperti biasa menyiapkan portfolio dan tugasan projek khas yang masih belum sempurna.

Selasa, saya masuk ke kelas 5 Amanah untuk kali kedua. Hari ini saya cuba untuk mengaplikasi ICT dalam P&P. Saya menyediakan bahan persembahan PowerPoint. Sebelum masuk ke kelas saya telah bertanya kepada Cikgu Nazri, iaitu guru penyelaras PPSMI mengenai peralatan ICT di dalam kelas tersebut. Beliau menyatakan bahawa peralatan tersebut sempurna. Malangnya tiba waktu kelas, saya tidak dapat menggunakan LCD Projektor untuk mengajar kerana laptop saya tidak dapat berkomunikasi dengan LCD tersebut. Memandangkan masa begitu singkat, saya terpaksa dengan kaedah ‘talk and chalk’ sahaja. Nasib baik, murid-murid memahami keadaan tersebut. P&P berjalan lancar.

Rabu, kali pertama saya membawa murid-murid 2 Amanah ke makmal komputer untuk mengajar mata pelajaran ICTL. Murid-murid ini nampaknya begitu ‘excited’ untuk belajar subjek ini. Namun mereka agak agresif sewaktu proses P&P dan tidak sabar untuk menggunakan komputer. Nasib baik saya dapat mengawal keadaan tersebut. Saya telah memanggil seorang pelajar yang agak bising ke depan. Ini membuatkan pelajar-pelajar lain takut untuk membuat bising lagi. Proses P&P berjalan agak sempurna.

Khamis, kali ketiga saya mengajar ICTL untuk kelas 3 Budiman. Saya membawa murid-murid ke makmal komputer untuk melaksanakan proses P&P yang telah dirancang. Saya mendapati kelas murid-murid kelas ini juga ‘excited’ untuk menggunakan komputer. Mereka agak bising semasa proses P&P namun begitu P&P masih berjalan dengan baik. Selesai waktu kelas, saya menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai.

Jumaat, saya tiada kelas pengajaran. Selepas minum pagi, saya dan kawan-kawan menyiapkan portfolio untuk dihantar dan disemak oleh pihak sekolah. Selepas itu saya dan kawan-kawan ke makmal komputer untuk membaiki beberapa buah komputer yang rosak. Sebelah petang pula saya mengikuti perkhemahan sekolah di pusat kokurikulum Lanchang. Perkhemahan ini diadakan selama 3 hari 2 malam.

Monday, July 21, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 5

Erm.. sebenarnya ini adalah refleksi untuk hari Khamis dan Jumaat minggu lepas. Memandangkan ada masalah untuk 'upload' maka entri ini aku terpaksa masukkan hari ini. Internet kat asrama pula dah 3, 4 hari tak dapat digunakan. Inilah ceritanya...

Khamis, 17 Julai 2008, kali kedua aku mengajar ICTL di kelas 3A. Aku membawa murid-murid ke makmal komputer untuk melaksanakan proses P&P yang telah dirancang. Aku mendapati kelas ini sukar sedikit untuk dikawal. Mereka agak bising semasa proses P&P namun begitu P&P masih berjalan dengan baik. Hal ini kerana ramai murid-murid yang telah biasa menggunakan komputer. Selesai waktu kelas, aku dan kawan-kawan berbincang untuk menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai.

Hari ini, Jumaat, 18 Julai 2008, aku tiada kelas pengajaran. Selepas minum pagi, aku dan kawan-kawan menyiapkan portfolio untuk dihantar dan disemak oleh pihak sekolah. Tamat minggu kedua praktikal di SKBB.

Wednesday, July 16, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 4

Hari ini, Rabu, 16 Julai 2008, kali pertama aku masuk mengajar kelas 2 Amanah. Sebenarnya aku dah 'plan' nak bawa dia orang ke makmal komputer sebab ini adalah mata pelajaran ICTL. Aku arahkan mereka turun. Tengok-tengok makmal dah ada orang lain guna. Aduh... rosak 'plan'. Salah aku juga kerana tidak memeriksa bilik tersebut terlebih dahulu. Aku terpaksa arahkan mereka balik ke kelas. Hari ini terpaksa mengajar 'talk and chalk' je la. Nasib baik murid-murid tu okey. Habis waktu kelas, aku ke bilik guru menyiapkan beberapa kerja yang belum selesai. Selepas waktu sekolah ada pula meeting berkenaan dengan perkhemahan unit beruniform pada 27 Julai nanti. Kami turut terlibat sebagai AJK Penginapan. Nampak kepada aktiviti, satu perkhemahan yang menarik.

Monday, July 14, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 3

Perhimpunan pagi

Perlawanan futsal tertutup SKBB


Hari ini, Isnin, 14 Julai 2008, minggu kedua aku menjalani praktikal di SKBB. Hari ini aku datang dengan penuh semangat. Pada paginya, seperti biasa diadakan perhimpunan pagi dan seperti biasa murid-murid akan mendengar ucapan, taklimat dan pesanan dari guru-guru bertugas. Dalam perhimpunan hari ini juga, diadakan aktiviti berbalas pantun sempena bulan bahasa. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid tahun satu. Lucu melihat telatah anak-anak kecil ini.

Hari ini aku ingat dapatlah masuk ke kelas 5C untuk mengajar Kajian Tempatan buat pertama kalinya tetapi tidak dapat juga kerana semua pelajar tahun 5 terlibat dengan ceramah motivasi seperti yang diumumkan semasa perhimpunan tadi. Selepas perhimpunan, aku dan kawan-kawan terus ke kantin. Semasa minum di kantin aku dan kawan-kawan Salleh dan Ifzad apakah yang akan kami lakukan hari ini. Selesai minum pagi kami terus ke bilik guru untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang belum selesai.

Semasa di bilik guru, kami memberitahu Cikgu Kamaruzzaman iaitu guru penyelaras makmal komputer bahawa kami bercadang untuk memeriksa komputer-komputer di makmal. Cikgu Kamaruzzaman bersetuju dengan rancangan tersebut. Pada pukul 10 lebih, kami mula bergerak ke bilik komputer untuk meneruskan rancangan kami hari ini. Lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami selesai memeriksa komputer-komputer di makmal tersebut. Kami dapati 8 daripada 20 buah komputer tidak dapat digunakan. Yang lain-lain pula nampaknya ada sedikit masalah kecil. Hal ini mungkin kerana komputer-komputer tersebut sudah lama tidak menjalani penyelengaraan. Kami bercadang untuk memperbaiki komputer tersebut sebaik mungkin.

Selepas itu kami kembali ke bilik guru untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang belum selesai. Aduh… banyak lagi kerja yang belum disiapkan. Aku pula sudah 2 hari tidak menulis refleksi pada minggu lepas kerana aku bercadang untuk menyiapkan pada cuti minggu lepas. Alamak… internet pula tiada. Terbengkalai kerja aku. Hari ini aku rasa terpaksa menyiapkannya di sekolah kerana nampaknya internet di sini berfungsi dengan baik. Setelah menulis hampir 2 jam, akhirnya aku dapat menyiapkan refleksi untuk minggu lepas dan separuhnya hari ini. Selepas habis waktu sekolah kami terus balik. Sebelumnya, Cikgu Zarin minta aku dan kawan-kawan datang ke petang petang ini kerana ada futsal tertutup SKBB. Selepas makan, mandi dan sembahyang aku datang balik ke sekolah. Saja nak tengok-tengok mengenai kegiatan petang di sekolah. Pukul 5.30 petang juga baru berakhir semua perlawanan. Selesai semua perlawanan aku terus balik. Malamnya aku menyambung lagi kerja-kerja yang perlu aku siapkan . Aik.. sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah seminggu aku menjalani praktikal di SKBB.

Wednesday, July 9, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 2

Hari ini, Rabu, 9 Julai 2008, hari ketiga di SKBB. Seperti biasa kami sampai agak awal ke sekolah. Pada hari ini diadakan pelancaran bulan kesihatan peringkat sekolah. Semua guru dan murid dikehendaki berhimpun di tapak perhimpunan untuk aktiviviti senamrobik yang dikendalikan oleh beberapa orang guru. Aktiviti tersebut telah diadakan pada jam 7.40 pagi dan berakhir jam 8.15 pagi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyihatkan tubuh badan dan akan berterusan setiap minggu iaitu pada waktu pagi pada setiap hari Rabu.

Hari ini aku akan masuk ke kelas untuk mengajar tetapi aku perlu berjumpa dahulu dengan Cikgu Rohana untuk berbincang mengenai kelas yang akan aku ambil alih nanti iaitu Kelas 5A. Mata pelajaran yang akan aku ajar untuk tersebut ialah Matematik. Lebih kurang pukul 9, aku sempat berjumpa dengan Cikgu Rohana. Aku maklumkan kepada beliau mengambil hal tersebut. Nampaknya Cikgu Rohana keberatan pula untuk melepaskan kelas tersebut kepada aku. Hal ini kerana beliau adalah guru kelas tersebut yang memerlukan masa bersama-sama mereka dalam hal pengurusan kelas. Perkara ini terjadi kerana pada masa Penolong Kanan HEM memberikan kelas tersebut untuk aku, beliau tidak berbincang dengan Cikgu Rohana. Jadi aku bertanya, adakah mata pelajaran lain yang boleh aku ajar di kelas tersebut. Beliau mencadangkan aku mengambil alih mata pelajaran Kajian Tempatan. Aku bersetuju dengan cadangan itu cuma aku harus memaklumkan kepada Penolong Kanan mengenai perubahan tersebut. Memandang guru-guru agak sibuk, aku tidak sempat untuk berjumpa dengan Penolong Kanan untuk memaklumkan mengenai hal tersebut.

Hari ini aku hanya menyiapkan kerja-kerja aku yang banyak terbengkalai seperti membuat ‘storyboard’ projek khas, meneliti blog kawan-kawan untuk melihat perkembangan mereka, meneliti sukatan pelajaran Kajian Tempatan dan ICTL yang akan aku ajar nanti dan sebagainya. Letih juga praktikal ni. Banyak kerja yang perlu dibuat. Hari ketiga berlalu…

Tuesday, July 8, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 1


Hari ini hari kedua aku kembali ke sekolah setelah 6 bulan lebih mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) di IPPM dan hari ini juga hari kedua aku kembali ke sekolah rendah setelah 7 tahun meninggalkannya. Kekok... begitulah yang aku rasakan setelah lebih 6 bulan lebih tidak berada di sekolah tambahan lagi apabila kembali semula ke sekolah rendah. Maklumlah sudah lama tidak bermain dengan kanak-kanak apabila aku bertukar ke sekolah menengah setelah tamat menyambung pelajaran 4 tahun yang lalu. Aku kini dalam proses menjalani praktikal atau pengalaman profesional bagi melengkapkan modul kursus KSPK ini.

Pada hari pertama, aku dan 2 orang kawan lagi iaitu Salleh dan Ifzad tiba di Sekolah Kebangsaan Bukit Baru iaitu tempat aku menjalani praktikal seawal jam 7.10 pagi lagi. Kami sengaja datang awak untuk melihat senario yang berlaku di sekolah pada minggu permulaan ini. Lagipun kata Salleh dan Ifzad, sekolah mereka bermula pada 7.30 pagi. Pada fikiran mereka, waktu persekolahan di sekolah ini pun sama dengan sekolah mereka dahulu. Hari pertama di sekolah, seronok juga melihat telatah anak-anak kecil. Mereka tidak lokek untuk memberi salam kepada guru-guru. Ada ketikanya aku menyapa anak-anak kecil ini. Aku gembira melihat telatah mereka dan dengan jawapan-jawapan yang mereka berikan daripada soalan-soalan yang aku kemukan kepada mereka. Terimbau kembali sewaktu aku mengajar di sekolah rendah dahulu. Begitulah sikap kanak-kanak semasa mereka di sekolah rendah. Cukup menghormati guru mereka. Berbeza dengan pelajar-pelajar sekolah menengah atau apa yang sedang aku alami sekarang.

Pada hari pertama, selepas perhimpunan pagi, kami ke pejabat untuk berbincang dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) mengenai jadual kami. Beliau mewakili Guru Besar yang sedang mengikuti kursus dan Guru Penolong Kanan yang mengerjakan umrah. Pada awalnya beliau tidak jelas dengan kedatangan kami. Setelah berbincang, barulah beliau faham tujuan kedatangan kami ke sekolah ini. Aku diberi 5A untuk mengajar matematik. Boleh ke?... Itu persoalan yang bermain di fikiranku. Ini kerana sudah lama aku tidak mengajar matematik. Pada hari itu, kami diminta berjumpa dengan guru mata pelajaran masing-masing untuk memaklumkan tentang hal ini. Oleh kerana cikgu yang mengajar matematik iaitu Puan Rohana sibuk, aku tidak dapat berjumpa dengan beliau. Hari itu, kami balik dengan perasaan pelbagai cerita. Bercerita tentang apa yang berlaku di sekolah pada hari ini.

Hari ini aku masih tidak dapat berjumpa dengan cikgu Rohana kerana beliau mengikuti kursus. Jadi aku masih tidak dapat lagi masuk ke kelas 5A kerana aku perlu berbincang dahulu dengan cikgu Rohana mengenai mata pelajaran itu. Hari ini aku cuma menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan kepadaku. Hari kedua pun berlalu.

Tuesday, June 17, 2008

Minyak naik lagi!

Boikot Petronaaaaaaaaaaaaa ssssssss! !!!!!!!!! !!!!!

Wahai warga Malaysia sekelian.... .hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas.... .Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu.... Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia...tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun...Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A...Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara...jadi petronas telah beli pulak minyak gred C...Diulang Gred C.....untuk digunakan dimalaysia dan diletak logo Petronas.... dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali...maklumlah minyak gred C.Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B...Inilah yg rakyat malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan . Itu lah antara sebab2 nye...Untuk pengetahuan anda semua...semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu.....Minyak tetap naik jugak kan....Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas...sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bila makin besar untung...makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat...Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati.... Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat....Ceritaini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia...masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)"dah la gaji dia rm 6+++...Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....Pasal Peraduan Car Craze......yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas...apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat dapat rasa..ni tidak...dahla jual minyak gred C....Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia...tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex @Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda...

CARA-CARA TURUNKAN HARGA PETROL
Kalau betul.....why not try?.....Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari Kita renungDan fikir fikirkan*kemudian Kita lakukan.Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price controlIdea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?> Harga minyak telah meningkat sehingga RM2.70 se liter dan akan naik lagi tidak lama lagi. Mahu> supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu> tindakan bijak Dan bersepadu.> Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini.> Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen> "jangan beli petrol pada Hari tertentu" yang> dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat> minyak hanya akan mentertawakan seba b mereka> tahu dengan tidak membeli petrol, Kita akan> menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan> pengguna sendiri> berbanding penjual.> Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang> mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.> Sila teruskan membaca Dan ambillah bahagian> dalam rancangan ini.> Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar> minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah> semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat> syarikat pembekal minyaklah yang mengaut> keuntungan besar dari situasi sekarang ini.> Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif> untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga> Ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan> penjual sahaja.> Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi> sekarang ini, Kita pengguna perlu bertindak> segera. Satu cara yang disarankan untuk> menurunkan harga petrol ialah dengan> memberikan tamparan 'market leader' industri> berkenaan, iaitu dengan tidak> membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat Kita> lakukan tanpa menyusahkan diri Kita sendiri.Ideanya begini :-Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKATMINYAKTERBESAR DIDUNIA iaitu1) ESSO2) SHELL3) MOBILTiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya> mengawal harga runcit petrol Dan mengaut> keuntungan untuk diri mereka sendiri. > Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka> menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing> mereka akan terus maju, mereka akan mula> menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat> demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk> kaedah ini memberi kesan, Kita kena memberitahu> berjuta pembeli ESSO,MOBIL dan SHELL .> Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan> disini caranya:-> Saya menghantar mesej ini kepada ramai> orang.Jika setiap Kita menghantar kepada> sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)?> Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10> orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? Dan> seterusnya.> Sebaik mesej ini sampai kepada generasi> penerima yang ke 6, IA sebenarnya telah> disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna> petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan> ialah :1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO,MOBIL dan SHELL Itu sahaja.....Berapa lama IA akan berlaku? Jika setiap Kita> menghantar email kepada 10 orang dalam satu> Hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi> dalam masa 8 Hari sahaja..> Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada> kuasa, bertindak secara bersama.> Ia pasti akan membuahkan hasil.Jika anda terima sar Ana n ini, sila sebarkan email ini.TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDASEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGADALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.Mudah saja, anda cuma perlu....... .....1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan Dan kenalan,2. Beli petrol dari PETRONAS , Dan CALTEX sahaja ....... Jauhi diri andaDari stesyen petrol ESSO,MOBIL dan SHELL.

*************************************************
Ambo dapat 2 e-mail yang berbeza. Ambo sebenarnya confuse dengan kedua-dua e-mail ni. So, kepada kawan-kawan yang ada idea, ada fakta tu tolong bagi komen sikit...

Thursday, May 8, 2008

BERUSAHALAH UNTUK SENTIASA OPTIMIS

Hati-hatilah, kerana gelisah itu ada pintu gerbangnya.

Dan yakinlah ada kelapangan setelah kegelisahan.

Tahukah kamu bahawa panjangnya malam pasti akan

berakhir dan terbitnya fajar pasti akan tiba.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak akan

mendatangkan sebarang faedah apapun pada dirimu.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak akan

meringankan bebanan kamu.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak akan

mendatangkan kejayaan.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak mampu

mengembalikan keagungan.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan tidak akan

mengembalikan sesuatu yang telah tiada.

Janganlah bersedih, kerana kesedihan hanya akan

menambah kekesalan pada dirimu.

Berusahalah untuk sentiasa optimis, kerana sikap optimis itu

mampu mencegah kesedihan.

Berusahalah untuk sentiasa optimis, kerana sikap optimis itu

mampu memberi motivasi untuk bekerja dan memperoleh kejayaan.

Berusahalah untuk sentiasa optimis. kerana adalah

keringanan sesudah kesedihan.

Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :" Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan- Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. "

Riwayat Muslim


Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
ii) Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
iii) Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.
iv) Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
v) Janganlah sekali-kali disebut perkataan 'kalau' jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Tuesday, May 6, 2008

Rapuhnya nilai akhlak manusia masa kini

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Apr 11, 08 | 9:08:22 am MYT

Islam satu-satunya agama (cara hidup) yang diperakui oleh Allah SWT yang diperuntukkan sesuai dengan fitrah semula jadi manusia serta makhluk yang lain.

Islam yang menjadi mercu tanda kegemilangan di zaman Rasulullah s.a.w, kemudian disambung oleh para sahabat nabi, setelah itu diperpanjangkan oleh sistem pemerintahan Islam seperti pemerintahan Bani Umaiyah, 'Abbasiyyah sehinggalah ke era pemerintahan Islam 'Othmaniyyah di Turki.

Matlamat utama penubuhan negara Islam tersebut adalah untuk merealisasikan tuntutan agama menerusi al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Tetapi matlamat tersebut lenyap dengan berakhirnya negara Islam di Turki yang jatuh ke tangan British menerusi pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Atarturk. Di mana beliau menjadi dalang untuk melihat Islam dikikis dari bumi Turki.

Ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia kehilangan kepimpinan Islam dan mereka amat dahagakan kepimpinan tersebut, kerana teori barat ataupun isme ciptaan manusia yang sudah lama bertapak sejak puluhan malah ratusan tahun tidak mampu menjadikan manusia sebagai insan yang bertamaddun dalam segenap tindak-tanduk mereka.

Ini dapat dilihat kerakusan manusia dalam pentas dunia, meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa, seolah-olah menggambarkan pihak yang kuat dan lantang menguasai yang lemah.

Kekuatan teknologi dan senjata nuklear menentukan segala-galanya, pengguguran bom di bumi Hiroshima dan Nagasaki membuktikan tindakan yang kejam.

Pencabulan Israel pada awal 80an di Sabra dan Shatila yang mengorbankan banyak nyawa, serangan Soviet Union (sekarang Russia) dan yang terkini serangan kuasa besar Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan kononnya memerangi pengganas, sehingga ke hari ini Amerika tidak mampu mengemukakan sebarang bukti yang nyata bahawa Osama Bin Laden bertanggung-jawab memusnahkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon yang dikenali dengan peristiwa 11 september.

Peristiwa 11 September itu, seolah-olah dilihat sebagai batu loncatan buat Amerika untuk bertindak atas slogan hak asasi manusia. Akibatnya orang tua, wanita, kanak-kanak serta harta benda awam musnah hasil bedilan bom tercanggih Amerika. Ini juga menggambarkan seolah-olah bumi Afghanistan medan raptai segala ciptaan nuklearnya.

Amerika yang dianggap dunia sebagai sebuah negara maju dalam segenap bidang hidup, antaranya pencapaian teknologi maklumat, ekonomi,hiburan dan lain-lain, namun tidak mampu membendung jenayah di wilayah Amerika yang berlaku setiap detik seperti yang dilaporkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Hollywood yang mengaut keuntungan luar biasa hasil penjualan filem, dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada terhakisnya nilai akhlak di kalangan manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Sumbangannya itu tidak terbatas hanya kepada negara barat sahaja, malah menembusi pasaran Asia termasuklah Malaysia yang tidak terkecuali kerana Malaysia dianggap salah sebuah negara yang berpotensi dalam segala hal.

Kita tidak lupa rosaknya akhlak remaja di negara kita khasnya, adalah hasil hiburan yang mudah diperolehi, bermula di pawagam, pub-pub, internet, video-video lucah dan sebagainya yang memberi saham ke arah keruntuhan moral.

Fenomena ini merisaukan semua pihak, lebih-lebih lagi para ibu-bapa yang telah banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk melihat agar anak mereka menjadi insan yang berguna pada satu hari nanti.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa persekitaran yang ada tidak mampu menjamin suasana yang baik. Kerana persekitaran itu dicipta oleh penguasa, pemerintah atau pemimpin. Sehubungan dengan itu, Islam telah menyatakan sikapnya iaitu "Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka".

Justeru, umat Islam khasnya di segenap pelusuk dunia, mesti bersedia untuk kembali kepada ajaran Islam tulen, iaitu mendalami ilmu Islam seperti Usuluddin dan Syari'ah, sejarah Islam seperti sejarah hidup Rasulullah s.a.w, para nabi, para sahabat, para 'ulamak serta tokoh-tokoh Islam.

Ini kerana semua maklumat tersebut dapat membantu daya tahan dalaman seseorang muslim, malah dapat menghilangkan krisis keyakian umat Islam terhadap agama mereka sendiri.

Monday, May 5, 2008

BERKAT

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.



TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula

mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar! )