Monday, July 14, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 3

Perhimpunan pagi

Perlawanan futsal tertutup SKBB


Hari ini, Isnin, 14 Julai 2008, minggu kedua aku menjalani praktikal di SKBB. Hari ini aku datang dengan penuh semangat. Pada paginya, seperti biasa diadakan perhimpunan pagi dan seperti biasa murid-murid akan mendengar ucapan, taklimat dan pesanan dari guru-guru bertugas. Dalam perhimpunan hari ini juga, diadakan aktiviti berbalas pantun sempena bulan bahasa. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid tahun satu. Lucu melihat telatah anak-anak kecil ini.

Hari ini aku ingat dapatlah masuk ke kelas 5C untuk mengajar Kajian Tempatan buat pertama kalinya tetapi tidak dapat juga kerana semua pelajar tahun 5 terlibat dengan ceramah motivasi seperti yang diumumkan semasa perhimpunan tadi. Selepas perhimpunan, aku dan kawan-kawan terus ke kantin. Semasa minum di kantin aku dan kawan-kawan Salleh dan Ifzad apakah yang akan kami lakukan hari ini. Selesai minum pagi kami terus ke bilik guru untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang belum selesai.

Semasa di bilik guru, kami memberitahu Cikgu Kamaruzzaman iaitu guru penyelaras makmal komputer bahawa kami bercadang untuk memeriksa komputer-komputer di makmal. Cikgu Kamaruzzaman bersetuju dengan rancangan tersebut. Pada pukul 10 lebih, kami mula bergerak ke bilik komputer untuk meneruskan rancangan kami hari ini. Lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami selesai memeriksa komputer-komputer di makmal tersebut. Kami dapati 8 daripada 20 buah komputer tidak dapat digunakan. Yang lain-lain pula nampaknya ada sedikit masalah kecil. Hal ini mungkin kerana komputer-komputer tersebut sudah lama tidak menjalani penyelengaraan. Kami bercadang untuk memperbaiki komputer tersebut sebaik mungkin.

Selepas itu kami kembali ke bilik guru untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang belum selesai. Aduh… banyak lagi kerja yang belum disiapkan. Aku pula sudah 2 hari tidak menulis refleksi pada minggu lepas kerana aku bercadang untuk menyiapkan pada cuti minggu lepas. Alamak… internet pula tiada. Terbengkalai kerja aku. Hari ini aku rasa terpaksa menyiapkannya di sekolah kerana nampaknya internet di sini berfungsi dengan baik. Setelah menulis hampir 2 jam, akhirnya aku dapat menyiapkan refleksi untuk minggu lepas dan separuhnya hari ini. Selepas habis waktu sekolah kami terus balik. Sebelumnya, Cikgu Zarin minta aku dan kawan-kawan datang ke petang petang ini kerana ada futsal tertutup SKBB. Selepas makan, mandi dan sembahyang aku datang balik ke sekolah. Saja nak tengok-tengok mengenai kegiatan petang di sekolah. Pukul 5.30 petang juga baru berakhir semua perlawanan. Selesai semua perlawanan aku terus balik. Malamnya aku menyambung lagi kerja-kerja yang perlu aku siapkan . Aik.. sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah seminggu aku menjalani praktikal di SKBB.

3 comments:

TokNabe said...

Blog demo jadi pelik kalu tgk dgn IE sbb demo guna IE6 atau ke bawah. IE6 tak support template klasik utk blog. Utk layout ok saja. Utk penyelesaian demo kena pakai IE& baru ok. Kalau pakai firefox takada masalah. Biasalah IE ni leceh sikit....

............................................................

Ada masa mari jale rumah kawe, buah rambutan dah mula masak ni. Kalu lambat takut tinggal kulit jah :D

TokNabe said...

Internet Explorer 7 - maksud kawe tu.

Anonymous said...

Tahniah, banyak dapat pahla tu. Dtg tengok futsal jer ke.... tak main sekali...Aku kat sini sorang2, kdg2 nyorok kat bilik acess kalau tak de relief, bosan jugak. Arios... salam kat kwn2.