Wednesday, July 16, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 4

Hari ini, Rabu, 16 Julai 2008, kali pertama aku masuk mengajar kelas 2 Amanah. Sebenarnya aku dah 'plan' nak bawa dia orang ke makmal komputer sebab ini adalah mata pelajaran ICTL. Aku arahkan mereka turun. Tengok-tengok makmal dah ada orang lain guna. Aduh... rosak 'plan'. Salah aku juga kerana tidak memeriksa bilik tersebut terlebih dahulu. Aku terpaksa arahkan mereka balik ke kelas. Hari ini terpaksa mengajar 'talk and chalk' je la. Nasib baik murid-murid tu okey. Habis waktu kelas, aku ke bilik guru menyiapkan beberapa kerja yang belum selesai. Selepas waktu sekolah ada pula meeting berkenaan dengan perkhemahan unit beruniform pada 27 Julai nanti. Kami turut terlibat sebagai AJK Penginapan. Nampak kepada aktiviti, satu perkhemahan yang menarik.

1 comment:

Anonymous said...

Tak pe...lain kali buat tempahan dulu masuk ke tak kemudian cerita, kau tempah terus utk 6 minggu, abis cerita. Camping kat sekolah ke kat luar? "Glary Utilities" tu mcm "1 Click Maintenance", tapi dia 'freeware', aku dpt kat Majalah PC bln Jun. Nak fwd ikut blog aku tak reti. Apa2 pun slmt berpraktikum, keep up your good works, wassalam.