Monday, August 4, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 7

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL MINGGU KEEMPAT

Sudah empat minggu saya menjalani praktikal di SKBB. Minggu ini tidak banyak perkara yang berlaku. Keadaan di sekolah juga hanya seperti biasa dengan rutin-rutin hariannya. Minggu ini ialah minggu ujian pelarasan 3 bagi SKBB bermula pada hari Selasa, 29 Julai sehingga Khamis, 30 Julai iaitu selama 3 hari. Oleh itu, pada minggu ini saya hanya dapat mengajar kelas 5 Cekal untuk subjek Kajian Tempatan. Untuk hari-hari yang lain, saya hanya bertugas sebagai pengawas peperiksaan. Cuma yang berbeza sedikit minggu ini berbanding minggu-minggu sebelumnya ialah di mana saya diminta menggantikan guru-guru yang tidak hadir. Sebelum ini saya langsung tidak diberi kelas ganti. Ini mungkin kerana ramai guru-guru yang tiada di sekolah sama ada menghadiri kursus dan sebagainya pada minggu ini.

Sepanjang mengawasi peperiksaan minggu ini, saya dapati semangat murid-murid untuk menjawab soalan peperiksaan agak kurang terutama bagi murid-murid kelas ‘hujung’. Mereka seolah-olah tidak kisah dengan peperiksaan. Pada mereka, peperiksaan atau tidak adalah sama. Saya seringkali menegur sikap mereka itu.

Pada hari Rabu, pensyarah pembimbing menelefon saya menyatakan bahawa belia akan datang untuk menjalankan pemantaun pada hari Jumaat nanti. Saya dan kawan diminta menyusun jadual pengajaran pada hari Jumaat nanti supaya ketiga-tiga orang kami ada sesi pengajaran pada hari itu. Saya dan kawan-kawan terus bertindak mengikut arahan beliau. Penyusunan jadual pada awalnya tiada masalah tetapi pada tengah hari Khamis kami dimaklumkan bahawa pada pagi Jumaat nanti akan diadakah satu perhimpunan khas bagi majlis penyampaian hadiah. Saya terus menefon Ecik Sazali untuk memaklumkan perkara tersebut. Encik Sazali tetap akan datang untuk mematau Salleh sahaja. Saya dan Ifzad diminta menyusun semula jadual pemantauan pada hari Isnin depan. Saya akur dengan permintaan beliau. Selesai empat minggu saya menjalani praktikal di SKBB.