Monday, July 21, 2008

REFLEKSI PENGALAMAN PROFESIONAL 5

Erm.. sebenarnya ini adalah refleksi untuk hari Khamis dan Jumaat minggu lepas. Memandangkan ada masalah untuk 'upload' maka entri ini aku terpaksa masukkan hari ini. Internet kat asrama pula dah 3, 4 hari tak dapat digunakan. Inilah ceritanya...

Khamis, 17 Julai 2008, kali kedua aku mengajar ICTL di kelas 3A. Aku membawa murid-murid ke makmal komputer untuk melaksanakan proses P&P yang telah dirancang. Aku mendapati kelas ini sukar sedikit untuk dikawal. Mereka agak bising semasa proses P&P namun begitu P&P masih berjalan dengan baik. Hal ini kerana ramai murid-murid yang telah biasa menggunakan komputer. Selesai waktu kelas, aku dan kawan-kawan berbincang untuk menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai.

Hari ini, Jumaat, 18 Julai 2008, aku tiada kelas pengajaran. Selepas minum pagi, aku dan kawan-kawan menyiapkan portfolio untuk dihantar dan disemak oleh pihak sekolah. Tamat minggu kedua praktikal di SKBB.

3 comments:

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

budak zaman sekarang semuanya terror terror mengalahkan kita

Samary said...

apa boleh buat....kelas mula pukul 7.20 pagi. ha ha ha......
nasib udah mcm itu. Anyway 10q. Have a nice praktikum. sambil ajar ajar itu jgn lupakan pencarian.......

Lembaga Pengawas said...

Setakat nie...blog kau yang paling canggih n tercantik! Well done my friend.